Seluruh warga SMK Iskandar Shah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM dan STPM 2011 kepada semua calon. Semoga usaha anda semua diberkati Allah dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
Unit HEM SMKIS
8 November 2011
16 October 2011
Program ' One Malaysia Rangoli'
YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia sedang menyampaikan ucapan penutup dalam Program 'One Malaysia Rangoli' pada 14 Oktober 2011 di Dewan Besar SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka. Pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Tamil SMK Iskandar Shah telah disertai oleh 6 buah sekolah menengah Daerah Jasin.
Tuan Pengetua SMK Iskandar Shah turut menyampaikan ucapan dalam program tersebut.

Sebahagian daripada para pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan 'One Malaysia Rangoli'
Antara hasil kreativiti pelajar dalam menghasilkan 'rangoli' dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.
5 October 2011
Majlis Sepetang Bersama Pengetua dan Pelancaran Laman Blog ASPURI
Tuan Pengetua SMKIS sedang menyampaikan ucapan kepada para pelajar ASPURI sempena Majlis Sepetang Bersama Pengetua dan Pelancaran Laman Blog ASPURI pada 5 Oktober 2011 di Dewan Makan Asrama SMKIS.
GPK HEM SMKIS turut menyampaikan ucapan kepada para pelajar ASPURI dalam majlis tersebut.
Para pelajar ASPURI sedang mendengar ucapan para pentadbir sempena Majlis Sepetang Bersama Pengetua dan Pelancaran Laman Blog ASPURI.
3 October 2011
Majlis Restu Ilmu PMR 2011
29 September 2011
Tahniah. SMK Iskandar Shah Johan Pertandingan Kantin Sekolah Bersih Negeri Melaka.
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada AJK Kantin Sekolah, para guru, pengawas dan seluruh warga sekolah kerana bersama-sama menjayakan pertandingan ini. Kantin Sekolah akan mewakili Negeri Melaka ke peringkat kebangsaan.
Subscribe to:
Comments (Atom)











