16 October 2011

Program ' One Malaysia Rangoli'





YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia sedang menyampaikan ucapan penutup dalam Program 'One Malaysia Rangoli' pada 14 Oktober 2011 di Dewan Besar SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka. Pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Tamil SMK Iskandar Shah telah disertai oleh 6 buah sekolah menengah Daerah Jasin.







Tuan Pengetua SMK Iskandar Shah turut menyampaikan ucapan dalam program tersebut.















Sebahagian daripada para pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan 'One Malaysia Rangoli'



Antara hasil kreativiti pelajar dalam menghasilkan 'rangoli' dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.







5 October 2011

Majlis Sepetang Bersama Pengetua dan Pelancaran Laman Blog ASPURI


Tuan Pengetua SMKIS sedang menyampaikan ucapan kepada para pelajar ASPURI sempena Majlis Sepetang Bersama Pengetua dan Pelancaran Laman Blog ASPURI pada 5 Oktober 2011 di Dewan Makan Asrama SMKIS.










GPK HEM SMKIS turut menyampaikan ucapan kepada para pelajar ASPURI dalam majlis tersebut.









Para pelajar ASPURI sedang mendengar ucapan para pentadbir sempena Majlis Sepetang Bersama Pengetua dan Pelancaran Laman Blog ASPURI.

3 October 2011

Majlis Restu Ilmu PMR 2011


Amanat Tuan Pengetua Kepada Calon-Calon PMR 2011
Tuan Pengetua SMKIS sedang menyampaikan amanat beliau kepada calon-calon PMR 2011 dalam Majlis Restu Ilmu di Dewan Besar SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka pada 03 Oktober 2011 dan menyampaikan sumbangan alat tulis daripada Koperasi Sekolah.



29 September 2011

Tahniah. SMK Iskandar Shah Johan Pertandingan Kantin Sekolah Bersih Negeri Melaka.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada AJK Kantin Sekolah, para guru, pengawas dan seluruh warga sekolah kerana bersama-sama menjayakan pertandingan ini. Kantin Sekolah akan mewakili Negeri Melaka ke peringkat kebangsaan. 

Selamat Menduduki Peperiksaan PMR 2011 kepada semua pelajar SMK Iskandar Shah. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang.

Sumbangan Tabung Kebajikan SMKIS Kepada Keluarga Roza Nursyazwani


GPK HEM, Kaunselor dan Guru Tingkatan 1RK2 menziarahi keluarga Roza dan menyerahkan sumbangan pihak sekolah kerana rumahnya terlibat dalam kebakaran pada 28 Ogos 2011 di Kampung Bukit Baru Dalam, Melaka.