11 April 2012

PROGRAM MALAM KEBUDAYAAN DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN ASPURI 2012





Tuan Pengetua SMK Iskandar Shah sedang menyampaikan ucapan sempena Program Malam Kebudayaan dan Anugerah Kecemerlangan ASPURI pada 10 April 2012 bertempat di Dewan Makan Asrama SMK Iskandar Shah.

Tuan Pengetua SMK Iskandar Shah menyampaikan plak dan sijil kepada murid cemerlang SPM 2011 dalam kalangan murid asrama.




Tuan Pengetua turut menyampaikan plak dan sijil kepada murid asrama yang cemerlang dalam PMR 2011 dan murid yang cemerlang
dalam  Ujian Pengesanan I 2012.



















GPK HEM menyampaikan cenderamata kepada Tuan Pengetua, Ketua Warden dan murid-murid ASPURI yang menyambut hari lahir pada bulan Mac 2012.
     














9 April 2012

SMK ISKANDAR SHAH JOHAN PERTANDINGAN 'PUBLIC SPEAKING' DAERAH JASIN


GPK Pentadbiran menyampaikan plak dan sijil kemenangan kepada S. Haritharshini (4 Alfa) kerana menjadi Johan dalam pertandingan 'Public Speaking' yang diadakan di SM Teknik Jasin pada 4 April 2012.

SMK ISKANDAR SHAH JOHAN PERTANDINGAN VALAR TAMIL VILLA MENENGAH RENDAH NEGERI MELAKA



Puan Vaijanthi menyampaikan Piala Pusingan Pertandingan Valar Tamil Villa kepada GPK Pentadbiran SMK Iskandar Shah kerana menjadi Johan Negeri Melaka Peringkat Menengah Rendah.

Pertandingan tersebut telah diadakan di SMK Selandar, Jasin, Melaka pada 7 April 2012.



GPK Pentadbiran SMK Iskandar Shah, Jasin
menyampaikan piala dan sijil kepada para pemenang dalam pertandingan tersebut.






MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Iskandar Shah mewakili Tuan Pengetua menyerahkan cek Insuran Takaful (Khairat Kematian) sebanyak RM 5000.00 kepada Puan Robiah binti Maizan (ibu Allahyarham Zafran bin Zainuddin - Tingkatan 5 Kreatif) di kediamannya di Kampung Ayer Baruk, Jasin, Melaka pada 9 April 2012.
Ke

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM '3R'


Guru Penolong Kanan HEM, SMK Iskandar Shah menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya mengumpul bahan kitar semula terbanyak dalam Program '3R'.







MAJLIS PERASMIAN MINGGU ANTI DADAH 2012

Majlis Perasmian Minggu Anti Dadah Peringkat  SMK Iskandar Shah 2012 telah disempurnakan oleh  
Encik Abd. Razak bin Kassim, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Jasin (Unit Pengurusan Akademik) pada 2 April 2012.

Minggu Anti Dadah tersebut berlangsung dari
2 April 2012 hingga 6 April 2012.


 Tuan Pengetua SMK Iskandar Shah turut
 menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.

Encik Abd. Razak bin Kassim turut menyampaikan
hadiah dan sijil kepada murid-murid sekolah ini yang mengharumkan nama sekolah dalam pencapaian kokurikulum di peringkat Daerah Jasin.










Tuan Pengetua SMK Iskandar Shah menyampaikan cenderamata kepada Encik Abd. Razak bin Kassim.