21 March 2012
SUASANA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2011
Tuan Pengetua SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka
sedang mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia 2011 di Dewan Besar SMK Iskandar
Shah pada 22 Mac 2012.
Tuan Pengetua SMK Iskandar Shah turut menyampaikan slip
keputusan peperiksaan SPM kepada ibu bapa dan pelajar
cemerlang SPM yang mendapat 'A' dalam semua mata
pelajaran.
Suasana di dewan ketika para pelajar mengambil
slip keputusan peperiksaan SPM 2011.
14 March 2012
SMK ISKANDAR SHAH JOHAN PERTANDINGAN BAHAS BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH JASIN 2012
GPK Pentadbiran menyampaikan hadiah dan
sijil kepada para peserta Bahas Bahasa Inggeris
SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka kerana telah berjaya menjadi Johan Pertandingan Bahas Bahasa
Inggeris Peringkat Daerah Jasin yang diadakan
di SM Teknik Jasin.
GPK Pentadbiran menyampaikan sijil penghargaan kepada Puan Rohana binti Abd Hamid, selaku guru
pembimbing pasukan bahas Bahasa Inggeris
SMK Iskandar Shah.
GPK Pentadbiran menerima sijil penghargaan bagi pihak sekolah kerana menjadi Johan Pertandingan
Bahas Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Jasin yang
disampaikan oleh Pengurus Pasukan, Encik Bahalu
a/l Raju.
PROGRAM SEPETANG BERSAMA PENGETUA DAN MERAIKAN SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN FEBRUARI PELAJAR ASPURI (PROGRAM GURU PENYAYANG 3)
Tuan Pengetua SMK Iskandar Shah sedang menyampaikan ucapan dalam Program Sepetang Bersama Pengetua dan Pelajar ASPURI dan
menyampaikan cenderamata kepada pelajar ASPURI yang menyambut hari lahir pada bulan Februari.
Selamat Hari Lahir.
GPK HEM menyampaikan hamper kepada peserta dan pemenang
dalam pertandingan nasyid anjuran ASPURI SMKIS
PELANCARAN PROGRAM 3Rs PERINGKAT SEKOLAH 2012
Tuan Pengetua SMK Iskandar Shah sedang menyampaikan ucapan sempena pelancaran Program 3Rs (Reuse, Reduce, Recycle) peringkat sekolah. Program ini dilancarkan bagi memupuk kesedaran warga sekolah bagi memelihara alam sekitar untuk generasi hari ini dan generasi yang akan datang.
Bersama-samalah kita melestarikan Alam Sekitar.
Persembahan sketsa tentang kepentingan memelihara alam sekitar yang dijayakan oleh murid-murid SMK Iskandar Shah.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 38 DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN 2012
Mesyuarat Agung PIBG SMK Iskandar Shah Kali Ke 38 dan Anugerah Kecemerlangan Murid 2012 telah diadakan pada 23 Februari 2012 dan perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad bin Haji Hamzah, Ahli Parlimen Jasin.
Subscribe to:
Comments (Atom)





























































