14 March 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 38 DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN 2012


















Mesyuarat Agung PIBG SMK Iskandar Shah Kali Ke 38 dan Anugerah Kecemerlangan Murid 2012 telah diadakan pada 23 Februari 2012 dan perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad bin Haji Hamzah, Ahli Parlimen Jasin.

21 February 2012

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN DAN DEMONTRASI MEMADAM API

Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Jasin sedang menyampaikan taklimat kepada murid-murid dalam latihan pengungsian bangunan yang diadakan pada 21 Februari 2012.





Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang memberikan penerangan tentang cara-cara memadam api dalam demontrasi memadam api.



20 February 2012

PROGRAM GURU PENYAYANG (2)

Guru-guru Tingkatan menyampaikan Kad Ucapan Hari Lahir kepada murid-muridnya 
yang menyambut hari lahir pada bulan Januari 2012.























19 February 2012

PROGRAM GURU PENYAYANG



Tuan Pengetua SMK Iskandar Shah
menyampaikan sijil penghargaan
kepada guru-guru dan murid-murid
atas kejayaan sekolah memenangi
pertandingan yang disertai.

PERHIMPUNAN UNIT-UNIT BERUNIFORM


 Tuan Pengetua SMK Iskandar Shah sedang menyampaikan ucapan
sempena Perhimpunan Unit-Unit Beruniform pada 20 Februari 2012.   

Pasukan elit Kadet Remaja Sekolah (KRS) bergambar
 bersama-sama Tuan Pengetua selaku Komander KRS sekolah.

8 February 2012

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN

Tuan Pengetua SMK Iskandar Shah, Tuan Hj. Zolkaply bin Yunus mewakili warga sekolah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Zafran bin Zainuddin di rumahnya di Kampung Air Baruk, Jasin,Melaka. Allahyarham Zafran telah meninggal dunia pada 4 Februari 2012 akibat kemalangan jalan raya. Nenek Allahyarham, Pn. Maimunah binti Tompang menerima sumbangan warga sekolah bagi pihak ibu Allahyarham.

                                                     
 Seluruh warga sekolah mendoakan agar roh Allahyarham dirahmati Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.  Amin.