20 February 2012

PROGRAM GURU PENYAYANG (2)

Guru-guru Tingkatan menyampaikan Kad Ucapan Hari Lahir kepada murid-muridnya 
yang menyambut hari lahir pada bulan Januari 2012.























19 February 2012

PROGRAM GURU PENYAYANG



Tuan Pengetua SMK Iskandar Shah
menyampaikan sijil penghargaan
kepada guru-guru dan murid-murid
atas kejayaan sekolah memenangi
pertandingan yang disertai.

PERHIMPUNAN UNIT-UNIT BERUNIFORM


 Tuan Pengetua SMK Iskandar Shah sedang menyampaikan ucapan
sempena Perhimpunan Unit-Unit Beruniform pada 20 Februari 2012.   

Pasukan elit Kadet Remaja Sekolah (KRS) bergambar
 bersama-sama Tuan Pengetua selaku Komander KRS sekolah.

8 February 2012

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN

Tuan Pengetua SMK Iskandar Shah, Tuan Hj. Zolkaply bin Yunus mewakili warga sekolah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Zafran bin Zainuddin di rumahnya di Kampung Air Baruk, Jasin,Melaka. Allahyarham Zafran telah meninggal dunia pada 4 Februari 2012 akibat kemalangan jalan raya. Nenek Allahyarham, Pn. Maimunah binti Tompang menerima sumbangan warga sekolah bagi pihak ibu Allahyarham.

                                                     
 Seluruh warga sekolah mendoakan agar roh Allahyarham dirahmati Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.  Amin.



25 January 2012

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN

 
       GPK Hal Ehwal Murid, SMK Iskandar Shah mewakili seluruh warga sekolah menyerahkan sumbangan wang daripada Tabung Kebajikan Pelajar kepada En. Zaharuddin bin Hj Nordin (bapa Nur Izzah Atirah - Tingkatan 1 Mutiara). Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan pada 26 Januari 2012.
   
       Nur Izzah Atirah akan menjalani pembedahan tulang belakang pada 31 Januari 2012. Seluruh warga sekolah mendoakan agar Nur Izzah berada dalam kesihatan yang baik dan dapat meneruskan pembelajarannya di sekolah setelah sembuh kelak

11 January 2012

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN

Tuan Pengetua SMK Iskandar Shah sedang berbincang dengan ibu bapa pelajar Tingkatan 5 Amanah, Low Wei Ming yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuh raya Utara- Selatan berhampiran Nilai, Negeri Sembilan pada 1 Januari 2012.


Tuan Pengetua mewakili seluruh warga SMK Iskandar Shah menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa Low Wei Ming yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di pejabatnya.